25 December 2014

Ain di Instagram


Hahahaa... tak sangka gambar ain tengah tulis blog pun makndak ambik dan post di Instagram. Ooo.. diam-diam yer makndak nieee... Siapa nak tengok lagi gambar Ain di Instagram silalah pegi #LovelyAin ..  Hehehee..  

Read More

24 December 2014

Ain ke I-City Water World

Assalamualaikum kawan-kawan,

Maaf yer lama Ain tak bercerita di sini.. Banyak yang nak dicerita tapi Ain cerita sikit-sikit dulu yer.

Pada hari Ahad lepas Ain, Ummi, Mak Su, Pak Su, Aizat, Ainul, Qaseh, Ustazah Suhaili dan Ustaz Norazam pergi ke l-City Water World .Kami pergi ke sana untuk mandi manda. Kat sana sugguh seronok.
foto dari google

Ain mandi kolam dengan kawan Ain, Qaseh namanya. Dan sepupu Ain namanya Aizat. Ain sangat seronok kat sana kalau boleh nak pergi setiap hari .


Maaf gambar nanti Ain upload yer.


Ha lagi satu berjaga-jaga tau dengan kencing tikus .Okey la kita jumpa nanti bye-bye.



Jumpa lagi.

Read More

03 October 2014

Ain ke KLCC

Assalamualaikum,

Hai.. Ingat tak ain pernah post tentang ain pergi TV Al Hijrah dan Masjid Negara dengan mak ndak dan pak cik hari tu?

Ni kira sambungan dari post tu lah. Kalau ada yg belum baca entry tu boleh klik dan baca di sini.

Ok, sebenarnya mak ndak bawak ain ke KLCC .. (tengok tajuk pun dah tahu kan).. Mak ndak cakap Ain pernah pegi sini masa baby tapi memang ain tak ingat langsung.





Tak banyak gambar yang kami ambil. Dah lewat, kena balik awal sebab takut jalan jem. Hehehee... Mak ndak yang drive dan tunggu dalam kereta jer. Mak ndak suruh pakcik Amy bawak ain keluar bergambar tepi-tepi tu jer.

Tak sempat masuk dalam tak syok.. huhuhuuu..

Lepas ambik gambar Ain ingatkan mak ndak terus bawak kami balik .. Rupa-rupanya kami singgah pulak di satu tempat lain lagi.

Nak tahu tak tempat apa? Tempat ni sangat menarik... tungguuuu... nanti Ain sambung cerita lagi ok. Ain dah nak turun main dengan kawan2 di taman permainan kanak-kanak.

Malam ni Ain dah nak balik kampung dengan ayah, ummi, mak tok dan tokwan.. untuk sambut Hari Raya Aidil Adha.. Selamat Hari Raya kawan-kawan.. maaf zahir dan batin..

Yahooo.. balik kampung..!!!! 


In Shaa Allah kita jumpa lagi yer kawan-kawan..
Salam sayang dari...

Nur Qurratun Ain Mohd Izwandy

 

Read More

Jom join contest di blog CahayaDiana.com

Assalamualaikum,

Ain sedang bersungguh-sungguh komen di blog mak ndak ain, Cahaya Diana. Sebab apa? Sebab ada contest best. Ni pun ain baru belajar nak join contest. Mak ndak cakap komen jer banyak2, nanti dapat hadiah.

Jom kawan2 kita join ramai2..

http://www.cahayadiana.com 

Best jugak hadiahnya ni. Boleh buat belanja sekolah. hehehee.. minuman Verve tu ain memang suke!

Jom ke blog CahayaDiana.com sekarang dan komen banyak-banyak.. 


Ok jumpa lagi kawan-kawan..
Salam sayang dari...

Nur Qurratun Ain Mohd Izwandy

Read More

Ain ke TV AlHijrah

Assalamualaikum,

Pada hari selasa lepas Ain ke TV AlHijrah sebab ada urusan penting.
Apa urusan penting tu? Ain tak sekolah ke?

Heheheeee...sebenarnya Ain dan Pak cik ikut Mak Ndak ke TV AlHijrah sebab Mak Ndak Ain yang ada urusan di sana. Suspen jer kan?

Hari Selasa lepas Ain memang cuti sebab di sekolah ada peperiksaan 'ganti' UPSR untuk subjek Sains dan Bahasa Inggeris. Kenapa ganti? Yer lah kan hari tu kecoh banyak soalan peperiksaan bocor? Ingat lagi tak?

Ok berbalik kepada topik asal. Hehehehe.. Dah Ain tak pegi sekolah jadi Mak Ndak lah yang kena jaga Ain. Ummi kena ke sekolah macam biasa.

Ok kali ni banyak gambar Ain yang Mak Ndak ambik. Ain nak share di sini sebagai kenang-kenangan.. hehehee..


 Ini di depan bangunan TV AlHijrah.

Ain dan Pak Cik Amy di depan bangunan TV Al-Hijrah. Tadi Ain masuk dengan Mak Ndak. 

 Lepak-lepak sekejap ambik angin.


Kami lepak-lepak dulu di sini sambil minum air . Beli dekat van tu jer. Depan TV Al-Hijrah adalah Masjid Negara. Ain tak pernah datang sini. Sebab tu Mak Ndak suruh lepak lama dan bergambar. Ada banyak bas persiaran lalu lalang di sini. Cantik-cantik bas tu. Ada yang takde bumbung. Ramai pelancong dalam bas tu.


Ain dan Mak Ndak di depan Masjid Negara, seberang jalan dengan TV Al-Hijrah.

Ok masa untuk berposing depan Masjid Negara pulak.. Mak Ndak punya idealah semua ni. Ain ikut jer..



Mula-mula Mak Ndak suruh Ain posing macam ni...


Lepas tu Mak Ndak suruh Ain duduk sebelah kanan.. Ain ikut jer..


Lepas tu Mak Ndak suruh Ain buat gaya bebas... Ni jer gaya bebas yang Ain mampu buat.. ~ dah blurr apa yang Mak Ndak nak buat sebenarnya dengan gambar banyak-banyak ni.


Lepas tu Mak Ndak suruh Ain duduk sebelah kiri pulak. Ain ikut jerrr...


Lepas tu.. Ain dah naik bosan. Ain ajak Mak Ndak balik sebab nanti petang Ain nak main dengan kawan-kawan pulak.

Tapi Mak Ndak bawak Ain pegi ke satu tempat yang Ain tak tahu sama ada pernah pegi ke tak. Mak Ndak cakap Ain penah pegi tempat tu masa baby lagi.. Entahla Ain tak ingat. Nak tahu tak tempat tu kat mana?

Bersambung...

Heheheheee... Sampai sini dulu. Nak tahu apa nama tempat tu? Tunggu esok Ain bagitahu yer.

 
Ok jumpa lagi kawan-kawan..
Salam sayang dari...

Nur Qurratun Ain Mohd Izwandy


Read More

28 September 2014

Novel Cupcake Girl Ain

Assalamualaikum...

Semalam Ain keluar pegi Mydin Mall Subang Jaya dengan Ummi dan Mak Ndak..

Mula-mula makan dulu di Food Court sebab kami belum makan lagi.. Kami pilih gerai Aneka Sup sebab Ain suka makan sup. Ain order Bihun Sup jer...Sedapppp....

Ummi order Bakso.. Mak Ndak order Bubur Nasi Bakso.. Sedap jugak..

Yummyyy...nampak sedap meatball tu.. Ain yang habiskan meatball tu. Heheheee...

 Yeyyy.. Ini lah yang Ain dapat hari tu. Novel remaja bertajuk Cupcake Girl. Penulis buku ni baru berumur 12 tahun tapi dah jadi penulis buku. Hebatnya dia.. Aizatul Aisya namanya..
Nama watak utama dalam novel ni pun sama macam nama penulisnya. Adakah ini cerita kakak Aizatul Aisya ni sendiri? Hmm... Nanti Ain baca dulu Ain cerita kat sini ok. Ain buat review jer lah, bukan cerita semua. Heheheee.. Nak tahu semua belilah sendiri . RM13 jer untuk Semenanjung Malaysia. Harga RM15 untuk Sabah dan Sarawak.

 Ain dah tak sabar terus baca novel ni.
 Ni semua kerja Mak Ndak la.. suka curi-curi ambik gambar Ain..
 Baca dan terus baca...tanpa menghiraukan orang sekeliling...
"Ummi!.. Ain nak roti tu laaaa...." hehehee..dah membaca lapar pulak.





Sampai di sini dulu cerita Ain hari ni.


Ok jumpa lagi kawan-kawan..
Salam sayang dari...

Ain Izwandy  



Read More

17 September 2014

Ain dan telekung Pink

Ini cerita Ahad lepas yang bertarikh 14 September...

Masa ni Ain ke rumah Mak Ndak dan Atok dengan Ummi. Tidur di sana 3 malam. Seronokkk... sebab dah lama Ain nak tidur dengan Atok, akhirnya tercapai jugakk.. yeeyyy..!!! . Ain nak jaga Atok yang dah tak sihat..

Masa kat rumah Atok Ain suka solat dengan Mak Ndak..

Tapi.. tak sangka pulak Mak Ndak nak ambil gambar Ain sebab Mak Ndak suka tengok Ain pakai telekung warna pink. Heheheee..  Cantikk kerr..??

Mula-mula Ain malu-malu sebab tak pernah bergambar pakai telekung..


Ni Ain baca Al-Quran betul-betul tau..bukan lakonan sementara tunggu Isyak. Al-Quran Mak Ndak pun warna pink sama macam telekung Ain.

Ok yang baca doa ni lakonan.. arahan Mak Ndak.. heheheee.... pandai tak Ain berlakon? :p

Ini lah Mak Ndak Ain.. Mmmmuuaaahhhh... sayang Mak Ndak.. ;*

 
Ok jumpa lagi kawan-kawan..
Salam sayang dari...

Ain Izwandy  

Read More

Jom Mengaji di Rumah Ain ...

Assalamualaikum ... Hari ni Ain nak share kawan-kawan yang datang belajar mengaji di rumah Ain. Ain pandai ajar orang mengaji tauuu... hehehee..tak lah. Bukan Ain yang ajar.. tapi Ummi Ain yang ajar. Ain pun ikut sama belajar Al-Quran dengan Ummi. Ok ni foto semalam. Selalunya ramai yang datang, tapi malam ni 4 orang jer yang datang.

Mula-mula 3 orang, iaitu Aqil, Anis dan Anisha


 Adik Anisha paling comel. Umur 5 tahun jer...dah pandai mengaji.



Bila Aqil dah siap mengaji.. baru Ain start mengaji...

Ain kena mengaji betul-betul nanti Ustazah 'Ummi' marah.. eh Ustazah Azimah la.. hehehee... :)


Ini Anis, umur 8 tahun sebaya Ain, satu kelas ..inilah kakak Anisha..

 Adik comel ni lah Anisha.. tengok tu..comel jer cara dia nak sebut huruf2 jawi. Hehehe...

 Ini Aqil..


Ini adik Batrisya.. Umur 5 tahun..orang semua dah balik dia baru datang. Takpe asalkan adik ni ada usaha nak datang mengaji walaupun lambat.


 
Cantik pulak Ain tengok tudung adik Batrisya ni. Ummi kata emak dia pandai menjahit tudung dan buat jual. Waaahhhh..siapa nak tempah tudung cantik-cantik boleh tempah kat mak Batrisya yer. Ain tolong promotkan kat blog Ain ni. :)

Ok jumpa lagi kawan-kawan..

Salam sayang dari Ain..

Ain Izwandy  


Read More

16 September 2014

Ain di Setia City Mall

Pada hari Ahad yang lepas, Ain dengan Mak Ndak pergi ke Setia City Mall. Ini adalah kali pertama Ain datang sini. Setia City Mall terletak di tengah Bandar Setia Alam.

Apa yang menarik di Setia City Mall ialah taman permainannya yang unik. Ain suka main gelongsor, buaian dan macam-macam lagi.

Ok lah Ain dah malas nak menulis panjang-panjang. Tengok jer lah foto di bawah ni yer..

Masa ni Ain baru sampai.. masih blur lagi tak tahu nak buat apa.. heheheee..

Sebenarnya Ain takde mood nak bergambar sangat. Ambik gambar Bangunan Setia City Mall yang cantik ni lah. Air terjun tu cantik bila dah nak malam baru keluar lampu warna warni. Ada warna hijau.. biru.. pink.. merah.. kuning.. dan lain-lain... canteekkkkk....


Masa ni Ain tengah tengok ikan kat dalam kolam ni. Banyaaakkk.. ada ikan kecik, ada besar.. Ain pun tak tahu apa nama ikan tu.. Ain nampak ada yang bagi ikan makan roti kosong. Ain tengok jer.. sambil minum air soya.



Hari dah nak malam... kami pun dah nak balik. Sebelum tu berselfie dulu dengan Mak Ndak Ain.. heheheee.. Ok kawan-kawan.. jumpa lagi yer. Nanti Ain post lagi cerita Ain di blog ni.

Assalamualaikum..

Salam Sayang dari Ain...

Ain Izwandy




Read More

06 July 2014

Macam comel jerr...

Foto ain kecik2.. heheheee...


cun tak ain dulu2.... hahahahaaa....


~Ain NgOkNgEk~

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...